Semasa

Arab Saudi seru Syria patuhi badan pemerhati senjata kimia

LONDON : Arab Saudi telah menggesa pihak berkuasa Syria untuk bekerjasama dengan pemeriksa senjata kimia dan melaksanakan semua keputusan yang berkaitan dengan penggunaan senjata kimia di Syria.

Wakil tetap Saudi kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia, Ziyad Al-Attiyah, menegaskan semula pendirian kerajaan dalam isu itu.

“Penggunaan senjata kimia dan bahan beracun sebagai senjata di mana-mana, oleh sesiapa sahaja, dalam apa jua keadaan adalah menjijikkan dan jelas melanggar keperluan perjanjian serta prinsip dan piawaian undang-undang antarabangsa,” tambahnya.

Al-Attiyah juga menekankan kepentingan Arab Saudi dalam melaksanakan komitmennya di bawah Konvensyen Senjata Kimia, mempercayai matlamatnya danĀ  berterusanĀ  mengukuhkan kerjasama untuk melarang dan mencegah penyebaran senjata pemusnah besar-besaran.

Beliau menyatakan bahawa Arab Saudi tidak sabar membantu dalam penyingkiran semua Weapon of Mass Destruction (WMD) dari Timur Tengah yang akan meningkatkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Al-Attiyah memuji Fernando Arias, ketua pengarah organisasi itu, atas sumbangannya kepada usaha itu dan menyatakan bahawa kerajaan akan menyokong pelantikannya semula untuk penggal kedua.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button