DuniaSemasa

Arab Saudi mansuh peraturan menunggu 14 hari tunai ibadah umrah

JEDDAH :  Jemaah kini tidak perlu menempah dan menunggu sehingga 14 hari untuk menjalankan ibadah susulan pemansuhan peraturan tersebut oleh kerajaan Arab Saudi, lapor agensi Arab News.

Menurut Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Al Maddah, pertambahan permohonan jemaah untuk menunaikan umrah meningkat menjadi punca utama peraturan itu dimansuhkan.

“Selaras dengan perkembangan ini, Kementerian Haji dan Umrah bersepakat tidak lagi meneruskan peraturan tersebut. Sejak peraturan itu dimansuhkan, kapasiti jemaah yang beribadah di Masjidil Haram sama ada bersolat dan mengerjakan ibadah umrah menunjukkan peningkatan.

“Ia juga merupakan peluang yang adil untuk semua,” katanya kepada media tempatan.

Pada 16 Oktober, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan kelonggaran peraturan masuk ke negara itu termasuk untuk beribadah ke Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Peraturan bersolat dengan penjarakan satu meter antara jemaah juga ditamatkan di Masjidil Haram dan Masjd Nabawi.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button