DuniaSemasa

Arab Saudi cadang laksana mekanisme baharu pembelian pakej Umrah

Riyadh: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanisme baharu pembelian pakej umrah dan mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara.

Merujuk laopran Saudi Gazette, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian.

Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan dikeluarkan melalui pengendali atau majikan untuk 25 orang atau lebih jemaah haji.

Ia akan dilakukan selepas menandatangani kontrak antara penyedia perkhidmatan umrah antara kerajaan dan ejen pelancongan berlesen mereka di negara masing-masing.

Mekanisme kedua adalah berdasarkan urus niaga antara pengendali dan pelanggan di mana seorang jemaah haji atau sekumpulan kecil jemaah dengan jumlah maksimum sembilan orang dapat masuk terus ke negara ini untuk menunaikan umrah.

Mereka boleh berbuat demikian dengan memilih program umrah yang diperlukan melalui portal dalam talian yang diluluskan, menurut laporan Al-Arabiya.

Harian Metro

Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button