Arab Saudi buka permohonan umrah mulai 9 Ogos
RIYADH : Arab Saudi akan menerima permohonan dari luar negara kepada yang sudah divaksin bermula 9 Ogos ini setelah 18 bulan kerajaan menutup sempadan kepada dari jemaah haji luar negara berikutan pandemik Covid-19.
Kebenaran akan diberikan kepada 60,000 jemaah setiap bulan, namun jumlah akan bertambah secara berkala kepada 2 juta jemaah setiap bulan.
Seorang pegawai di Kementerian Haji dan Umrah mengatakan bahawa jemaah haji dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi Covid-19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka.
Jemaah dari negara-negara yang termasuk dalam daftar larangan masuk Arab Saudi harus dikuarantin sebaik sahaja tiba, tambah laporan itu.
Ibadah Umrah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun telah dibuka semula pada bulan Oktober lalu untuk jemaah domestik.
Buat tahun kedua, tanah suci bagi umat Islam itu hanya membuka pintunya untuk jemaah haji domestik sahaja susulan penularan Covid-19.
Oleh Hafeez Anuar