Semasa

Arab Saudi benarkan kemasukan pelancong lengkap divaksin 1 Ogos ini

RIYADH : Kerajaan Arab Saudi akan membuka semula sempadan kepada pelancong asing yang sudah lengkap divaksin bermula 1 Ogos ini selepas 17 bulan pandemik Covid-19 melanda.

Bagaimanapun, Riyadh dilapor tidak mengumumkan sebarang penarikan balik sekatan terhadap ibadah umrah yang lazimnya ditunaikan jutaan jemaah dari seluruh dunia, setiap tahun.

Menurut laporan media Arab Saudi pelancong sudah menerima imunisasi lengkap dengan suntikan vaksin diluluskan Arab Saudi – Pfizer, AstraZeneca, Moderna atau Johnson & Johnson akan dibenarkan untuk memasuki negara ini ‘tanpa perlu menjalani kuarantin di institusi kuarantin.’

Namun, ia dengan syarat memiliki sijil vaksinasi dengan keputusan ujian PCR diambil dalam tempoh 72 jam terakhir adalah negatif, selain mendaftarkan butiran diri dengan pihak berkuasa kesihatan.

Riyadh telah membelanjakan kos besar untuk membangunkan industri pelancongannya, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan ekonomi yang bergantung pada hasil minyak.

Dalam pada itu, Arab Saudi turut mengumumkan tiga tahun sekatan perjalanan kepada rakyat mereka sekiranya mereka didapati melawat kawasan zon merah.

– AGENSI

Diterjemah oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button