DuniaSemasa

Apple saman pembuat perisian pengintip Israel

WASHINGTON : Pembuat perisian pengintip Israel disaman oleh Syarikat teknologi gergasi, Apple berikutan skandal pemantauan Pegasus sebagai inisiatif untuk menghalang NSO sekali lagi menjadikan lebih satu bilion iPhone sebagai sasaran.

Susulan kontroversi apabila laporan mengenai puluhan ribu aktivis, wartawan dan ahli politik disenaran sebagai sasaran perisian pengintip Israel, Pegasus, saman itu dijangka akan menambahkan lagi masalah menyelubungi NSO.

Beberapa minggu lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sudah menyenaraihitamkan NSO.

Apple sedang memohon injuksi kekal untuk mengalang NSO Group daripada menggunakan sebarang perisian, perkhidmantan atau peranti Apple bagi mencegah penyalahgunaan dan kemudaratan kepada pengguan.

“Defendan adalah penggodam terkenal – tentera upahan abad ke-21 yang mencipta jentera siber canggih untuk pengawasan yang boleh mengundang penyalahgunaan rutin dan terang-terangan,” kata Apple dalam satu kenyataan mengumumkan tindakan undang-undang di Mahkamah Persekutuan AS di California.

Sebelum ini, NSO sering kali menafikan sebarang kesalahan dan menegaskan perisiannya adalah bertujuan untuk digunakan pihak berkuasa bagi memerangi keganasan dan jenayah lain.

“Kami menyediakan kerajaan alat yang sah untuk memerangi kumpulan pedofil dan pengganas yang boleh bebas beroperasi melalui perlindungan teknologi.

“Kumpulan NSO akan terus menyokong kebenaran,” jelas firma itu dalam satu kenyataan kepada AFP.

Peranti pintar yang ‘dijangkiti’ Pegasus boleh menjadi peranti pengintipan poket yang membolehkan pengguna untuk membaca mesej sasaran, melihat foto mereka, menjejak lokasi dan menghidupkan kamera tanpa diketahui.

Menurut Apple, terdapat 1.65 bilion peranti Apple aktif di seluruh dunia, termasuk lebih satu bilion Iphone.

Untuk rekod saman itu bukan kali pertama dari firma gergasi teknologi itu kerana Facebook pernah menyaman NSO Group pada 2019 dengan mendakwa mereka menggunakan WhatsApp bagi menjalankan pengintipan siber terhadap wartawan, aktivis hak asasi manusia dan lain-lain.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button