Agak merisaukan apabila anak muda zaman sekarang sering dihidangkan dengan ‘content’ di media sosial berkaitan dengan kehidupan dan kemewahan ‘influencer media sosial’.
Apa yang lebih membimbangkan apabila ada content dan pempengaruh yang cuba mempengaruhi pemikiran anak muda berkaitan dengan tidak pentingnya menyambung pendidikan ke menara gading.
Jadi tidak hairan apabila ada dalam kalangan anak muda pada hari ini, mengatakan “buat apa menghabiskan duit puluhan ribu ringgit, akhirnya kerja bukan dalam bidang pun.”
Bukan itu sahaja, penulis juga pernah mendengar tohmahan rakan-rakan sebaya yang mengatakan, “belajar tinggi-tinggi tapi gaji ciput juga. Belajar penat-penat sampai universiti tapi peluang kerja tidak ada juga.”
Maka tidak hairan pengaruh kehidupan mewah influencer sedikit sebanyak akan menarik minat golongan muda lebih ke arah membuat content dan menjadi influencer media sosial demi menikmati kehidupan yang lebih mewah.
Oleh sebab itu, ada dalam kalangan anak muda ini tidak kisah buat apa pun termasuk memalukan diri sendiri atau menyusahkan orang lain demi content.
Jadi penulis tertarik dengan satu perkongsian yang dibuat oleh Mohd Nizam di laman facebooknya berkaitan dengan, “Apa guna belajar penat-penat sampai ke Universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2000. Lebih baik jadi content creator kat TikTok!”
Dalam nasihat yang dibuat oleh Mohd Nizam, penulis tertarik apabila dia menggunakan kaedah perbandingan content creator yang educated dengan content creator tanpa pendidikan dan pelajaran.
Cuba tengok content creator yang educated. Contoh? Khairul Aming. Ijazah dia, dari US, dik. Dalam Engineering. Lepas tengok video-video dia, adik rasa tak macam jadi lebih cerdik dan semangat dalam sesuatu subjek iaitu “masakan”
Contoh lain? Richard Ker. Dia punya Twit pasal business dan isu semasa, sangat on point. Dia dari corporate sector – sebelum dia buat full time content creator, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group (syarikat drone Malaysia yang antara top di Dunia), pernah kerja dengan a number of multinational corporations – graduate pun, dari Universiti Surrey, UK.
Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka educated.
Orang educated, strategi mereka tersusun. Khairul Aming dia guna social media untuk marketing sahaja, sumber kewangan lestari adalah dari dia jual sambal. Richard Ker pula, buat marketing agency sendiri, fokus kepada syarikat-syarikat Korporat sebagai klien.
Sekarang, cuba bandingkan depa berdua dengan Kak Long 7-Eleven. Dapat tengok tak beza dia dari segi kelestarian kewangan dan jaga maruah?
Jadi dapat disimpulkan bahawa penting pendidikan sehingga ke peringkat universiti adalah untuk mendapatkan ilmu yang berbeza, pendidikan yang menjadi sandaran hidup.
Dalam kehidupan semua perkara adalah penting dan setiap panduan memerlukan ilmu dan kepintaran dalam membuat keputusan. Jadi kepada mereka yang suka mempengaruhi kehidupan orang lain dengan mengatakan pendidikan tidak penting agar muhasabah diri.
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today