Anugerah Pertandingan Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-15 Wilayah Pattani
Oleh : Nursilawati Supandi – Wartawan Pelatih Ummah Today
PATTANI – Kerabat diraja Thailand, Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida, Anugerah Pertandingan Mengaji Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-15 bagi tahun 2022 di Masjid Besar Wilayah Pattani pada petang 9 Oktober lalu.
Raja Vajiralongkorn turut menganugerahkan plak kehormat dan wang hadiah kepada Jawatankuasa Islam Wilayah dan imam dengan prestasi cemerlang bagi tahun 2019 – 2021. Para wakil sekolah, pentadbir, guru dan pelajar sekolah swasta agama Islam di selatan Thailand juga menerima anugerah daripada baginda.
Pada kesempatan ini, baginda memberi restu kepada Encik Saman Kopitak bagi menterjemah maksud Al-Quran ke dalam bahasa Thai.
“Beta dan permaisuri amat bangga atas penghormatan yang diberikan kepada para Jawatankuasa Islam Wilayah, Imam dan sekolah swasta agama Islam di wilayah selatan. Dengan prestasi yang luar biasa tahun ini, beta ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua dan semua sekolah yang telah diiktiraf oleh Kementerian Dalam Negeri dan Pendidikan. Ini dapat menggalakkan dan menyokong aktiviti Jawatankuasa Islam serta sekolah swasta yang mengajar agama Islam,” kata Raja Vajiralongkorn.
Baginda juga menggalakkan Jawatankuasa Islam Wilayah dan para imam untuk terus menjalankan tanggungjawab mereka agar prinsip agama Islam dapat difahami dan dipatuhi serta mendidik anak-anak muda.