DuniaSemasa

Antibodi llama mampu rawat Covid-19

LONDON: Antibodi haiwan llama menunjukkan ‘potensi besar’ dalam merawat virus Covid-19 setelah ujian klinikal peringkat awal dijalankan.

Rawatan diperbuat daripada ‘nanobodi’ iaitu versi antibodi yang kecil dan sederhana dihasilkan oleh llama dan unta yang bertindak balas terhadap jangkitan secara semula jadi.

Ilama adalah sejenis haiwan daripada keluarga camelidae, sama seperti unta dan alpaca.

Menurut saintis, terapi tersebut boleh digunakan dalam bentuk semburan hidung untuk merawat, selain mencegah jangkitan awal Covid-19.

Seorang daripada penyelidik utama dan pengarah Institut Rosalind Franklin di Oxfordshire, Prof James Naismith, menyifatkan nanobodi sebagai kaedah yang amat mengujakan.

Ulas beliau, berdasarkan uji kaji terhadapĀ  seekor tikus yang dijangkiti coronavirus dan dirawat menggunakan semburan hidung nanobodi.

Hasilnya tikus tersebut sembuh sepenuhnya dalam tempoh enam hari.

Setakat ini, rawatan berkenaan hanya diuji pada haiwan makmal, namun Kesihatan Awam England memberitahu ia antara ‘agen peneutralan SARS-CoV-2 paling berkesan’ pernah diujinya.

Nanobodi mampu menyekat dan mengikat virus serta bakteria yang menyerang badan manusia.

Sementara itu, ahli imunologi dari Universiti Manchester, Prof Sheena Cruickshank, melihat perkembangan baharu itu sebagai ‘menarik tetapi masih terlalu awal’ untuk mengukur keberkesanannya.

“Lebih banyak data mengenai keberkesanan dan keselamatan diperlukan sebelum beralih ke ujian klinikal ke atas manusia.

“Bagaimanapun, ia sangat berpotensi dan mungkin lebih murah dan antara nilai tambahnya adalah ia lebih mudah untuk diuruskan.

“COVID-19 mungkin akan terus hidup bersama kita, jadi tentunya lebih banyak kaedah rawatan diperlukan untuk menangani penularan,” katanya.

Sumber asal Berita Harian

Disunting Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button