Antara tabaruj & keyakinan diri
Wanita dan alat solek tidak boleh dipisahkan.
Alat solek ini sudah terlalu sebati buat wanita sehingga ada yang tak mahu keluar rumah jika tak mengenakannya.
Bersolek ini telah menjadi satu kewajipan buat kaum Hawa sama ada untuk meningkatkan keyakinan diri atau meraih pujian. Semuanya bergantung kepada niat si pemakai.
Namun, adakah pemakaian alat solek ini dibenarkan dalam Islam dan apakah hukum wanita bersolek secara berlebihan?
Allah ta’ala berfirman:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
”Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (QS. Al-Ahzab: 33) pic.twitter.com/z82JLhdUth
— Bali Mengaji Official (@balimengaji) August 3, 2022
Berhias dengan apa jua alat perhiasan telah menjadi fitrah dan hak buat wanita asalkan ianya tidak melanggar syarak yang ditetapkan.
Di antara hak seorang wanita itu adalah berhias. Firman Allah SWT yang bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”
(Surah al-A’raf : 32)
Walau bagaimanapun, pada zaman kini, pelbagai jenis alat solek yang terdapat di pasaran dengan harga yang mampu milik.
Lambakan produk kecantikan dan alat solek ini menghairahkan lagi kaum wanita untuk mencubanya, lebih-lebih lagi wujudnya trend serta fesyen di media sosial yang menyaksikan ramai wanita berlumba bergelar instafamous atau Youtuber.
Sekali gus, kecantikan serta solekan ini dipamerkan kepada orang ramai dan menjadi ikutan.
Tanpa sedar, tindakan mereka mengundang tabaruj iaitu berhias secara berlebih-lebihan oleh seorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, juga memperlihatkan aurat mereka.
Ustaz Nouman Ali dalam talk nya (talk di Malaysia) pernah sentuh berkaitan 4 jenis jahiliyyah dan salah satunya ialah tabarruj fi jahiliyyah.
Tabarruj ni lelaki pun kena. Cuma wanita lebih mudah kena atas social pressure berkaitan kecantikan paras rupa/beauty standard.
Hati². pic.twitter.com/wCWHcQkFx9
— kusyuk (@kusyuk) December 30, 2020
Merujuk Irsyad Al-Fatwa Siri ke 400 : Hukum Wanita Memakai Lipstik dan Alat-Alat Solek lain, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.