BanjirSemasa

Jumlah mangsa banjir pantai timur lebih 5,000 orang

Jumlah mangsa banjir di dua negeri di pantai timur, Kelantan dan Terengganu dijangka terus meningkat.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 107 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan menempatkan 1,719 keluarga meliputi 5,918 orang yang terselamat.

Di Kelantan, sebanyak 32 buah PPS dibuka untuk menjadi tempat perlindungan sementara seramai 2,579 mangsa termasuk 834 lelaki dewasa, 832 perempuan dewasa, 423 kanak-kanak lelaki, 426 kanak-kanak perempuan dan 64 bayi.

Manakala, di Terengganu, seramai 3,339 mangsa ditempatkan di 75 buah PPS melibatkan 1,170 lelaki dewasa, 1,175 perempuan dewasa, 459 kanak-kanak lelaki, 449 kanak-kanak perempuan dan 86 bayi.

Sementara itu, laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, memaklumkan susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Kelantan, pada 25 Februari, dijangka banjir akan berlaku di beberapa daerah iaitu Kuala Krai dan Tanah Merah.

Sumber : Facebook

Setakat ini, di Kelantan terdapat enam sungai melebihi paras Bahaya iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 35.45 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.11 m), Sungai Lanas di Air Lanas Jeli (29.75 m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (26.11 m), Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang (22.03 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.41 m).

Di Terengganu, sembilan sungai merekodkan melebihi paras Bahaya antaranya Sungai Dungun di Kuala Jengai dengan catatan 21.05 m, Sungai Telemong (20.88 m), Sungai Kemaman (4.97 m), Sungai Marang (2.84 m), Sungai Chalok (8.73 m), Sungai Nerus  di Kampung Bukit, Setiu (13.73 m), Sungai Nerus di Kampung Langkap (21.73 m), Sungai Setiu di Kampung Besut (17.62 m) dan Sungai Terengganu di Draw Bridge, Kuala Terengganu menunjukkan paras (1.81 m).

Penduduk di buah negeri ini diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga serta patuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button