DuniaSemasa

Angka korban letupan masjid Pakistan cecah 100 mangsa

ISLAMABAD: Angka kematian akibat letupan masjid di Peshawar, barat laut Pakistan, meningkat kepada sekurang-kurangnya 100 pada Selasa. Ia merupakan antara serangan paling berdarah di negara itu dalam beberapa tahun.

Muhammad Asim Khan, jurucakap Hospital Lady Reading di bandar itu berkata, sekurang-kurangnya 100 orang maut berikutan letupan di masjid pada Isnin lalu.

Polis mengesyaki 12 kilogram bahan letupan digunakan oleh pengebom berani mati, menurut Ketua Polis Peshawar Moazim Jah Ansari.

“Angka mangsa yang cedera juga meningkat kepada 217,” tambah Ansari.

Seorang pegawai polis yang terselamat dalam letupan itu, Nasarullah Khan, berkata dia teringat melihat “letupan api besar” sebelum dikelilingi oleh kepulan debu hitam.

Khan berkata, kakinya patah dalam letupan itu dan dia terperangkap dalam runtuhan selama tiga jam.

“Siling itu jatuh dan ruang di antara siling serta dinding adalah tempat saya berjaya bertahan,” katanya.

Sementara itu, harapan semakin pudar dalam usaha mencari mangsa yang terselamat apabila anggota penyelamat memeriksa runtuhan masjid yang musnah dan tiada mangsa yang terselamat ditemui.

“Kami tidak menjangkakan ada yang masih hidup akan ditemui. Hanya mayat yang ditemui,” kata Bilal Faizi, jurucakap penyelamat, Selasa.

 

Related Articles

Back to top button