ANKARA : Angka korban meningkat sekurang-kurangnya 42,310 akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Selasa.
Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata gempa yang berpusat di daerah Pazarcik dan Elbistan di wilayah Kahramanmaras itu juga diikuti dengan 7,184 gegaran susulan, lapor Agensi Anadolu.
Gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 itu turut melanda 10 wilayah lain seperti Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.
Two powerful earthquakes have shaken the already devastated Turkey-Syria border. pic.twitter.com/XWs8BRTsoS
— AJ+ (@ajplus) February 22, 2023
Gempa bumi yang dahsyat itu telah menjejaskan lebih 13 juta penduduk.
Gegaran kuat akibat gempa itu juga turut dirasai di beberapa negara rantau termasuk Syria dan Lubnan dalam tempoh kurang dari 10 jam.
Sejumlah 14,740 anggota mencari dan menyelamat tempatan dan antarabangsa kini berada di lapangan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat, kata AFAD.
Sementara itu, pada taklimat media Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu berkata sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 562 yang lain cedera, termasuk 18 dalam keadaan kritikal, selepas gempa bumi baharu menggegarkan Hatay, selatan Turkiye pada lewat Isnin.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia