DuniaSemasa

Angka korban gempa bumi di Indonesia meningkat 162 orang

CIANJUR: Angka korban akibat gempa bumi di Indonesia meningkat kepada 162 orang sementara ratusan lagi cedera.

Anggota penyelamat di Indonesia bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mereka yang masih terperangkap dalam runtuhan selepas gempa bumi memusnahkan sebuah bandar di Jawa Barat pada Isnin dan mengorbankan berpuluh-puluh orang serta mencederakan ratusan ketika bangunan runtuh.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil turut mengesahkan 13,000 penduduk kini berlindung di pusat perlindungan sementara selepas kediaman mereka musnah.

Menurut Ridwan kamil, sekurang-kurangnya 162 orang terbunuh dalam gempa bumi Isnin, kebanyakannya kanak-kanak, dengan lebih 300 orang yang cedera.

Beliau turut menganggarkan jumlah kematian akan meningkat kerana masih ada tempat yang belum dimasuki pasukan penyelamat.

“Ketika ini 162 orang disahkan meninggal dunia, 326 lagi cedera.”

“kebanyakan mereka mengalami tulang patah atau kecederaan lain seperti luka.”

“Terdapat juga kira-kira 13,784 penduduk sedang berlindung di pusat perlindungan sementara,” katanya.

Bandar Cianjur didiami sekitar 175,000 penduduk sementara daerah itu menempatkan 2.5 juta orang.

Sebahagian daripada mereka tinggal di kediaman setingkat dan 2 tingkat.

Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter itu melanda pada jam 1:21 petang waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 10 kilometer dari barat daya daerah Cianjur dengan kedalaman 10km, menurut Tinjauan Geologi AS.

Pada pagi Selasa, ratusan pegawai polis telah dikerahkan bagi membantu usaha menyelamat, kata jurucakap polis negara, Dedi Prasetyo kepada agensi berita negeri, Antara. 

“Arahan tugas utama untuk kakitangan pada hari ini adalah memberi tumpuan kepada pemindahan mangsa,” katanya.

Menurut Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital dan pejabat kerajaan turut terjejas.

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat gempa bumi di Indonesia melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

BACA JUGA
“Gempa di Cianjur, MAPIM akan hantar delegasi!” – Presiden MAPIM

Related Articles

Back to top button