PalestinSemasa

Angka Kematian Wartawan Dalam Peperangan Meningkat, Gaza Jadi “Kuburan Berita”

Ratusan wartawan telah terkorban di zon-zon konflik di seluruh dunia. Namun, perang yang berterusan antara Israel dan Gaza telah menjadikan wilayah itu sebagai salah satu kawasan paling berbahaya bagi golongan wartawan — bahkan digelar sebagai “kuburan berita.”

Dalam tempoh hanya 17 bulan, Gaza telah menjadi medan konflik paling berdarah buat komuniti wartawan dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Statistik yang dikeluarkan oleh badan pemantau media antarabangsa menunjukkan bahawa bilangan wartawan yang terkorban dalam konflik ini adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan.

Walaupun profesion kewartawanan sentiasa terdedah kepada risiko, serangan yang tiada henti ke atas Gaza telah menjadikan liputan berita di kawasan ini sebagai tugas yang nyawa sebagai galang gantinya. Pihak berkuasa media antarabangsa dan organisasi hak asasi manusia menggesa supaya keselamatan wartawan dipertingkatkan serta menyeru agar kebebasan media terus dilindungi di tengah-tengah konflik yang semakin meruncing.

 

Sumbee : TRT World.

Related Articles

Back to top button