DuniaSemasa

Angka kematian terus meningkat akibat tanah runtuh di Baybay

BAYBAY : Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di Filipina meningkat kepada 58 orang pada hari Rabu. Pasukan penyelamat Baybay menggali tanah disekitar kawasan tersebut dengan mengguna tangan mereka sahaja.

Wilayah tengah Leyte di mana beberapa siri tanah runtuh memusnahkan masyarakat yang berpunca daripada ribut tropika Megi dan ia juga mencatatkan ribut tropika yang paling kuat melanda kepulauan yang terdedah kepada bencana tahun ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan sekurang-kurangnya 47 orang maut dan 27 orang hilang selepas kejadian tanah runtuh yang melanda penempatan pertanian di sekitar Bandar Baybay pada hujung minggu. Manakala yang tercedera hanya 100 orang.

Menurut agensi bencana kebangsaan Filipina, tiga orang turut terbunuh di wilayah tengah Negros Oriental dan tiga di pulau utama selatan Mindanao.

Operasi mencari mangsa yang terselamat di perkampungan Pilar turut dilakukan, iaitu merupakan sebahagian daripada perbandaran Abuyog di Leyte disambung semula pada Rabu.

Operasi itu dilakukan dengan membawa bot penyelamat ke komuniti pesisir pantai dengan purata 400 orang dibawa ke kawasan yang selamat ekoran rumah mereka habis ditenggelami air laut.

Related Articles

Back to top button