Semasa

Anggota JPJ kejar penunggang motosikal lari sekatan meninggal dunia

PETALING JAYA : Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika mengejar penunggang motosikal yang melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Gombak.

JPJ dalam satu hantaran di Facebook merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad ‘Azizi Azizan.

“Pengurusan tertinggi serta seluruh warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Muhammad ‘Azizi Azizan yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2022.

“Perkhidmatan terakhir Allahyarham di Unit UPB, JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solehah,” menurutnya.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu yang terbabit dalam satu operasi motosikal bertindak mengejar penunggang terbabit dengan motosikal sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata ,sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas di laluan tersebut sebelum dilanggar sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button