KUALA LUMPUR: Bulan pengampunan Ramadan kini sudah sampai ke penghujungnya. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang pada kali ini memberi makna yang besar kepada seluruh umat Islam terutamanya bagi mereka yang berada di perantauan.
Tiada apa yang lebih menggembirakan buat anak perantau apabila dapat pulang ke pangkuan keluarga tercinta sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.
Anak perantau sedang sakit teruk 😭 pic.twitter.com/gnkWckpfbj
— pau mochi (@syzanaznl) April 17, 2023
It will always been hard for us (anak perantau tak kira kerja atau study) 🥹 https://t.co/Z3PRzw91F8
— syaaza 🫧 (@rosssyposie) April 16, 2023
Jumlah kenderaan di beberapa lebuh raya kini dilihat semakin bertambah susulan anak perantau yang memulakan perjalanan balik ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.
Sesetengah anak perantau kini memulakan perjalanan awal pulang ke kampung bagi membuat persiapan raya bersama keluarga di kampung.
Namun, ada juga anak perantau yang tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi beraya bersama keluarga tersayang.
Perasaan sedih pasti pastinya ada kerana hari raya yang selalunya disambut dengan penuh gembira bersama keluarga tidak dapat diraikan bersama. Antara perkara yang paling dirindui sudah tentunya adalah masakan air tangan ibu di pagi raya itu sendiri.
Terdapat beberapa kekangan seperti belajar, bekerja dan tinggal di luar negara serta masalah kewangan yang menyebabkan mereka tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya.
“Buat pertama kali aku beraya di perantauan sambil bertugas, tahun ini terpaksa berkorban demi kebahagiaan akan datang. Selamat hari raya buat sanak saudara dan sahabat-sahabat, maaf zahir dan batin,” luah Ahmad Afifi yang berada di Cadiz, Spain di laman Facebook miliknya.
“Salam Aidilfitri daripada kami. Jarak bukan lagi penghalang bagi ingatan dan kasih kami buat insan-insan teristimewa di hati terutama emak (Fazilah Musa) di Felda Lubok Merbau,Kedah dan mama (Syarifah Mastura Syed Hamid) di Taman Sentosa, Klang, Selangor,” tulis Masrina Jamaludin menerusi satu perkongsian di Facebook.
Jadi bagi mereka yang berpeluang pulang ke kampung, gunakan masa dan kesempatan yang diberikan untuk meluangkan masa bersama keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan di kampung agar nikmat menyambut Hari Raya Aidilfitri ini terisi dengan penuh kegembiraan.
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah insan yang tersayang.