DuniaSemasa

Anak gajah dipotong belalai akibat terkena jerat mati selepas dua hari dirawat

BANDA ACEH : Seekor anak gajah di pulau Sumatera, Indonesia mati selepas kehilangan separuh belalainya akibat terkena perangkap pemburu gading.

“Kami telah mencuba yang terbaik, tetapi ia juga tidak dapat dielakkan, batangnya semakin reput dan tidak lagi berfungsi.” kata Agus Arianto, ketua agensi pemuliharaan wilayah Aceh.

Gajah betina berusia 1 tahun itu adalah antara spesies yang terakhir daripada 700 gajah Sumatera liar di pulau itu.

Dia ditemui dalam keadaan sangat lemah dengan belalainya yang hampir putus.

Arianto memberitahu bahawa bedah siasat sedang dijalankan oleh sepasukan doktor haiwan untuk menentukan punca kematian anak gajah itu.

Beliau berkata bahawa pegawai hidupan liar terpaksa memotong separuh daripada belalai itu dalam operasi hidup atau mati di pusat latihan gajah di Banda Aceh, ibu kota wilayah itu.

“Kematiannya mengejutkan kerana dia kelihatan sihat selepas dipotong dan aktif bergerak,” kata Rika Marwati, doktor haiwan di pusat itu.

“Dia tiba-tiba jatuh sakit akibat tekanan dan jangkitan pada lewat Isnin dan menjelang pagi dia dilaporkan meninggal dunia.”

Ahli pemuliharaan mengatakan bahawa pandemik coronavirus telah menyebabkan peningkatan pemburuan haram di Sumatera apabila penduduk kampung beralih kepada memburu.

Untuk rekod, jumlah gajah Sumatera yang maut akibat dijerat atau diracun kini telah mencecah sehinga 25 ekor sejak sembilan tahun lalu, melibatkan di kawasan Aceh Timur sahaja.
Data juga menunjukkan populasi gajah Sumatera telah menurun daripada 1,300 ekor pada 2014 kepada 693 pada tahun ini, iaitu penurunan hampir 50 peratus dalam tempoh tujuh tahun lalu.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button