DomestikSemasa

Anak asnaf tercicir sekolah dibesarkan dengan persekitaran.

Dibesarkan dengan persekitaran yang keras dan kurang kawalan daripada ibu bapa.

Johor Bahru : Aiman Bin Ahmad kini berusia 15 tahun. Sejak berusia 13 tahun beliau sudah bekerja sebagai pembantu mekanik di bengkel motosikal dengan pendapatan RM30 sehari. Semuanya demi membantu ibunya untuk menyara adik-beradiknya yang masih kecil.

Aiman tercicir pelajarannya sejak dari sekolah rendah kerana kesempitan hidup. Begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. Ibunya tidak ada pilihan lain selain melihat seorang demi seorang anaknya berhenti sekolah.


“Saya pandai repair motor, modify eksos pun boleh. Saya biasa ikut race dengan kawan-kawan saya, tunang saya pun ikut sekali. Tunang saya pandai Willy dan Wikang. Ada masa kami rempit sama-sama buat aksi Superman….,” teruja Aiman, apabila berbual tentang minatnya.

Itulah antara kisah anak-anak asnaf, yang terselit rahsia keperitan hidup. Mereka dibesarkan dengan persekitaran yang keras dan kurang kawalan daripada ibu bapa. Dalam perjuangan hidup rata-rata ibu bapa golongan asnaf punyai banyak kekangan terutamanya daripada segi material dan masa untuk anak-anak.

Masa untuk anak-anak dikorbankan demi mencari rezeki. Mengisi perut anak-anak adalah keutamaan berbanding pelajaran. Secara umum, masyarakat melihat punca remaja bermasalah adalah kerana salah didikan daripada ibu bapa. Namun sebenarnya ia adalah tanggungjawab bersama masyarakat. Merujuk peribahasa masyarakat Afrika, “It takes a village to raise a child”, di mana untuk membesarkan anak-anak, memang memerlukan sokongan masyarakat setempat.

Di sinilah pentingnya keprihatinan masyarakat.

 

Noorul Syahadah Binti Isam wakil sukarelawan MAPIM di Johor.

Kisah Aiman anak asnaf ini telah dijejaki oleh Noorul Syahadah Binti Isam wakil sukarelawan MAPIM di Johor. Noorul adalah peguam, yang aktif menjejaki keluarga-keluarga asnaf  yang kemudiannya dirujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan bagi bantuan selanjutnya. Kerja sukarelawan membantu asnaf adalah terapi bagi beliau. Noorul sangat prihatin akan masa depan Aiman dan adik-beradiknya. Beliau berusaha menempatkan Aiman ke pusat kemahiran bersesuaian bagi mengeluarkan keluarga itu daripada kepompong kemiskinan yang diwarisi.

Pihak Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dengan kerjasama MAPIM Malaysia tampil membantu meringankan keluarga Aiman dalam memberi bantuan rumah baru dan kelengkapan rumah bersama kotak makanan.

Misi Jelajah Peduli Ummah turun ke Johor Bahru bagi menyantuni keluarga asnaf ini. “Keluarga ini terlalu daif dan memerlukan rumah dengan persekitaran yang selesa untuk perkembangan minda anak-anak asnaf ini. Persekitaran yang baik dapat membentuk individu yang baik. Harapan kami, bantuan yang disumbangkan dapat menyuntik semangat buat Aiman dan adik-beradiknya untuk cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan.” Hasrat ketua misi ke Johor Bahru, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol.

 

_______________________________________

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button