DomestikKesihatanSemasa

“Anak akak seminggu selesema dan batuk”

KUALA LUMPUR: Program Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan MAPIM Malaysia di Ampang telah dimanfaatkan oleh penduduk sekitar bagi tujuan pemeriksaan secara percuma.

Seramai 60 orang penduduk telah diperiksa dan dirawat dengan 80 peratus daripadanya adalah warga emas dan selebihnya adalah golongan dewasa juga kanak-kanak.

Antara yang mendapat rawatan semalam adalah seorang bayi lelaki yang kelihatan lesu dan tidak bermaya ketika dibawa oleh ibunya.

Ibunya, Siti Nur Amirah Azli, suri rumah, 26, berkata program Mobile Clinic ini memudahkan kerana ia dibuat berhampiran dengan kediaman penduduk yang ada antara mereka tidak mempunyai kenderaan untuk ke klinik.

“Saya datang ke Mobile Clinic ini bagi mendapatkan rawatan dan ubatan untuk anak saya. Rawatan yang doktor berikan sangat teliti termasuk membuat pemeriksaan paru-paru kerana anak saya sudah seminggu selsema dan batuk.

“Saya diberitahu oleh doktor bagi membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana tidak boleh memberikan ubat atas faktor anak saya baru sembilan bulan,” katanya di sini, semalam.

Tambah Amirah lagi, terdapat klinik kerajaan di Kampung Pandan Dalam tetapi disebabkan faktor jarak, beliau memilih Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan (MAIWP) sebagai pilihan untuk pemeriksaan kesihatan anaknya.

Beliau berharap program ini akan sentiasa diteruskan pada masa hadapan.

Related Articles

Back to top button