DomestikSemasa

Amerika Syarikat Salur Bantuan RM442,817 untuk Mangsa Banjir di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat (AS), melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), telah menyalurkan bantuan berjumlah RM442,817 (US$100,000) untuk menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.

Dana tersebut disalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bagi menyediakan barangan keperluan dan perkhidmatan penting untuk komuniti yang terjejas akibat banjir.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur, mereka menyatakan, “Doa kami bersama mereka yang terkesan akibat banjir yang dahsyat di Malaysia. Bersama Kerajaan Malaysia, kami komited untuk membantu komuniti pulih dan membina semula.”

Hantaran tersebut turut memaparkan video berdurasi 1.18 minit, yang menunjukkan PBSM Negeri Kelantan sedang menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

USAID juga menyampaikan penghargaan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa serta melindungi golongan rentan dalam keadaan sukar ini.

Langkah ini mencerminkan solidariti antarabangsa terhadap Malaysia, yang kini berdepan cabaran besar akibat bencana alam tersebut.

 

Sumber: Bernama

Related Articles

Back to top button