WASHINGTON: Seorang pegawai kesihatan awam Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa negara tersebut telah gagal mengekang wabak jangkitan Covid-19 yang setakat ini mencatatkan angka tertinggi dalam tempoh enam bulan.
Pengarah Institut Kesihatan Kebangsaan Francis Collins menerusi rancangan This Week, mengatakan AS tidak sepatutnya berada dalam keadaan genting ini.
“Ya, kita gagal.” tegas beliau singkat dalam rancangan terbitan stesen penyiaran ABC.
Sejak Februari lalu, Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan varian Delta secara mendadak sehingga mencecah hampir 118,000 ekoran jenis varian tersebut yang sangat mudah menular.
Dalam tempoh dua minggu jumlah kematian meningkat sebanyak 89 peratus dan hospital kanak-kanak di negeri seperti Florida semakin dipenuhi kerana lambakan golongan muda dijangkiti.
Peningkatan jangkitan varian Delta ini memberikan impak terhadap kadar vaksinasi, walau bagaimanapun jutaan penduduk di kawasan konservatif masih meragui keberkesanan vaksin.
“Kita tidak akan berada di tahap ini sekarang dengan lonjakan Delta jika lebih efektif dalam program vaksinasi.
“Sekarang kita menerima kesannya yang amat buruk,” katanya.
Menurut Ketua Penasihat Kesihatan Presiden AS, Anthony Fauci, merasakan kemungkinan persetujuan akhir bagi kelulusan vaksin utama daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Persekutuan dibuat pada awal bulan ini.
Oleh Nurshazlin Shahrom