WASHINGTON: Amerika Syarikat melakukan serangan udara terhadap kumpulan bersenjata yang disokong Iran di Iraq dan Syria sebagai tindak balas terhadap serangan drone ke atas personel dan kemudahan AS di Iraq. Akibat serangan itu puak militia mengancam akan membalas dendam.
Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, tentera AS mengatakan mereka mensasarkan kemudahan operasi dan penyimpanan senjata di dua lokasi di Syria dan satu lokasi di Iraq.
Tentera AS tidak mengatakan sama ada, ada yang terbunuh ataupun cedera, tetapi observatorium Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain mengatakan sekurang-kurangnya lima pejuang terbunuh dan beberapa yang lain cedera.
Agensi berita SANA yang dikendalikan oleh kerajaan Syria mengatakan seorang kanak-kanak telah terbunuh dan tiga orang yang lain cedera.
Serangan itu dilakukan atas arahan Presiden AS Joe Biden. Ini kali kedua dia memerintahkan serangan balas terhadap militia yang disokong Iran sejak memegang jawatan lima bulan lalu. Biden terakhir kali memerintahkan pengeboman terhad terhadap sasaran di Syria pada bulan Februari, ketika itu sebagai tindak balas terhadap serangan roket di Iraq.
“Amerika Syarikat bukan sahaja mengambil tindakan yang perlu, sesuai dan terancang untuk membatasi risiko tetapi juga untuk mengirim pesan pencegahan yang jelas,” kata , jurucakap Pentagon dalam satu kenyataan.
Kirby berkata “Sasaran dipilih kerana kemudahan ini digunakan oleh militia yang disokong oleh Iran yang terlibat dalam serangan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) terhadap kakitangan AS dan kemudahan di Iraq.”
“Kumpulan tentera Katain Hizbullah dan Kataib Sayyid al-Shuhada adalah antara beberapa kumpulan militia yang disokong Iran yang telah menggunakan kemudahan yang disasarkan,” tambah Kirby.
Dua pegawai militi Iraq memberitahu The Associated Press di Baghdad bahawa empat militia terbunuh dalam serangan udara berhampirandengan sempadan Syria.
Kumpulan bersenjata bersekutu dengan Iran dalam satu kenyataan, menamakan empat anggota puak Kataib Sayyid al-Shuhada yang terbunuh dalam serangan di sempadan Syria-Iraq. Mereka bersumpah untuk membalas.
Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi Uitm – Arif Ikhwan