Semasa
Amaran ribut petir, hujan lebat di Johor, Sarawak dan Sabah
PETALING JAYA : Ribut petir dan hujan lebat melanda negeri Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini, menurut Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata di Johor, kawasan yang terlibat adalah kawasan Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sarawak pula di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi).
Manakala di Sabah, ia melibatkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).