Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Johor
PETALING JAYA : Susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dikeluarkan di seluruh negeri, penduduk di beberapa wilayah Johor dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga.
Amaran ribut petir dan hujan lebat berkemungkinan berlarutan sehingga 11 pagi hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
“Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru antara tempat yang terjejas.”
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat petunjuk ribut petir dengan keamatan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau diramalkan berlarutan lebih sejam,” jelasnya sebelum ini.
Menurutnya, amaran ribut petir, menurutnya, adalah amaran jangka pendek yang berlangsung tidak lebih daripada enam jam dalam satu keluaran.
-AGENSI