Semasa

Amaran ribut petir dikeluarkan di Sabah dan Sarawak

PETALING JAYA : Amaran hujan lebat dan ribut petir telah dikeluarkan untuk beberapa wilayah di Sabah dan Sarawak sehingga 2 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), lokasi terjejas di Sarawak termasuk Kuching (Lundu dan Kuching) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

“Selain itu, amaran sama turut melibatkan kawasan Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

“Wilayah yang diliputi di Sabah ialah Kuala Penyu, kecuali Labuan yang turut menerima amaran yang sama,” katanya sebelum ini.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat petunjuk ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang  dijangka  berlaku berlarutan lebih sejam, menurutnya.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.

 

-AGENSI

 

Related Articles

Back to top button