Amaran hujan lebat berterusan di Johor dan Pahang
KUALA LUMPUR : Amaran hujan lebat berterusan berkuat kuasa sehingga esok di Johor dan Pahang.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mendakwa hujan lebat melanda Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, dan Rompin di Pahang, manakala Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi di Johor.
Sementara itu, amaran hujan berkuat kuasa untuk Kelantan, Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru) sehingga esok.
“Amaran hujan berkuat kuasa untuk tempat di Sabah, termasuk Pantai Barat (Tuaran, Ranau, Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran, Sandakan), dan Kudat, sehingga 2 Januari.”
“Tiupan angin dari timur laut dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang, mungkin menyebabkan banjir di kawasan rendah.”
Angin kencang dan ombak lebat dijangka berterusan sehingga 4 Januari di seluruh Pantai Timur Semenanjung, merangkumi timur Johor, Sarawak dan Sabah, menurut kenyataan itu.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM