Amaran hujan lebat, angin kencang di 5 negeri serta KL, Putrajaya

PETALING JAYA : Amaran rebut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan sehingga pukul 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) merupakan antara kawasan yang terkesan di negeri Perak.
“Ia diikuti Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) selain Negeri Sembilan (Seremban),” katanya.
Amaran sama iaitu sehingga pukul 8 malam pula melibatkan Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau)
Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu).
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.