DuniaSemasa

Amaran Greenpeace, 57 bandar di Asia Timur diancam cuaca panas melampau

kesan pemanasan global

Tokyo : Kota-kota di Asia Timur akan menghadapi ancaman cuaca panas melampau dengan frekuensi lebih tinggi yang mendatangkan kesan buruk kepada penduduknya.

Greenpeace Asia Timur menganalisa 57 bandar di seluruh China, Korea, dan Jepun akan dilanda cuaca panas ekstrem.

Cuaca panas akan tiba lebih awal pada 2021 ini di lebih dari 80 peratus kota yang dikaji di Asia Timur.

“Awal musim panas ini, suhu ekstrem di Guangdong, China memaksa kilang-kilang ditutup, dan di Korea ratusan ribu ternakan dilaporkan mati kerana gelombang panas,” kata pengurus projek iklim Greenpeace Asia Timur, Mikyoung Kim.

“Selama dua minggu terakhir kami telah melihat beberapa atlet olimpik pengsan kerana serangan panas,” ucapnya seperti yang dipetik daripada Al Jazeera pada Khamis (5/8/2021).

Greenpeace yang menerbitkan hasil kajiannya pada Khamis (5/8/2021), mengatakan cuaca panas ekstrem yang terjadi itu ‘bukan kebetulan, dan terjadi secara konsisten sesuai perubahan iklim di kawasan tersebut.

“Suhu yang berbahaya akan kerap terjadi, kecuali kerajaan beralih daripada penggunaan bahan bakar fosil kepada tenaga hijau, seperti angin dan solar,” terang Kim.

Kesan cuaca panas ekstrem terlihat jelas di beberapa kawasa di dunia dalam beberapa hari terakhir, seperti kebakaran hutan di Turki, Greek, dan sejumlah negara di Eropah selatan, yang juga merebak ke kawasan penempatan.

Di Tokyo dan Seoul, musim panas 2021 ini terjadi 11 hari lebih awal dibandingkan dengan 2001-2020, kata laporan Greenpeace itu.

Sementara itu, musim panas di kota Sapporo, Jepun, terjadi 23 hari lebih awal, paling awal daripada semua kota yang dikaji.

Di Korea Selatan, kota Gwangju mengalami perubahan paling drastik, dengan musim panas pertama datang 12,7 hari lebih awal dibanding periode 2001-2020.

Kajian Greenpeace menyebut gelombang panas yang berlaku di kawasan Asia Timur lebih parah dan memiliki frekuensi lebih tinggi.

Antara 2001 hingga 2020, di ibu kota Beijing, China frekuensi gelombang panas hampir tiga kali lebih tinggi daripada 40 tahun sebelumnya.

Di Tokyo, suhu pada musim panas telah mencapai 33 Celcius atau dua kali lebih tinggi sejak 1960-an.

Suhu ekstrem dan datangnya cuaca panas lebih awal sangat mempengaruhi manusia dan mata pencarian mereka, seperti pertanian dan ekosistem lingkungan secara keseluruhan, menurut laporan itu.

Antara tahun 2000 dan 2018, kematian terkait panas pada orang berusia 65 tahun ke atas meningkat sebanyak 54 peratus di seluruh dunia.

Sebuah kajian terpisah Greenpeace yang diterbitkan pada Julai menemukan, 73 daripada 98 gelombang panas dalam 60 tahun terakhir di daerah Guangzhou China terjadi selepas 1998.

“Kerajaan harus segera mengambil tindakan bagi melindungi kesihatan masyarakat di tengah cuaca ekstrem,” ujar Kim.

Menurutnya, ada keperluan mendesak bagi menguatkan objektif terhadap perubahan iklim. Ia meliputi aktiviti seperti mengakhiri semua pembiayaan industri bahan bakar fosil, dan berali ke tenaga hijau secepat mungkin.

Para pengkaji mengatakan pengurangan gas buangan global kepada sifar akan menjauhkan dunia daripada kemungkinan peningkatan suhu bumi sebesar 1,5 darjah Celcius.

Isu perubahan iklim dan pengurangan emisi akan diangkat lagi pada November ini di KTT COP26 di Glasgow, Scotland.

—KOMPAS

Related Articles

Back to top button