DomestikSemasa

Ali Hamsa meninggal dunia di Ireland

Oleh Azrina Amri, Wartawan Pelatih 

PUTRAJAYA : Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, meninggal dunia
ketika menerima rawatan di Hospital Dublin, Ireland hari ini.

Allahyarham merupakan tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani serta dihormati ketika dalam
pekhidmatan.

Bekas KSN merupakan tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang telah menyertai perkhidmatan tersebut sejak 1981 dan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13 bermula 2012 hingga 2018.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Allahyarham Tan Sri Dr Ali
Hamsa sebagai tokoh pentadbiran perkhidmatan awam dan pemergian beliau adalah satu
kehilangan besar kepada negara.

“Mendapat perkhabaran sedih atas pemergian Tan Sri Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Setiausaha
Negara ke-13 yang Kembali ke Rahmatullah, pagi ini 21 April 2022 bersamaan 19 Ramadan
1443H.

“Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga
Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Facebook, hari ini.

Allahyarham merupakan anak jati Johor, yang meninggalkan isteri, Rohani Abdullah dan
empat anak.

Malah, beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan, seperti Pengerusi Institut Integriti
Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pakar Pentadbiran Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UN CEPA) dan Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button