“Alhamdulillah, ini salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya” – Sonny Bill Williams
Sonny Bill Williams lahir rasa syukur isteri kini sudah bertudung
LONDON : Peninju Profesional, Sonny Bill Williams meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Ala Raffie telah mengambil keputusan untuk memakai tudung.
Sonny yang juga merupakan bekas pemain ragbi All Blacks berkongsi khabar gembira itu di laman Twitternya dengan memuat naik gambarnya bersama keluarga yang menunjukkan isterinya yang bertudung menutup aurat.
My wife’s a hijabi! Alhamdullilah my wife decided to put the head scarf on. One of the proudest moments of my life. What makes it so special is knowing she has done it for Allah SWT and no one else. May the most high always bless you with good health, contentment & happiness.❤️🤲🏾 pic.twitter.com/5clPriIpxv
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) August 17, 2022
“Isteri saya kini seorang hijabi! Kebahagiaan seorang suami adalah apabila melihat isteri nekad untuk berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
“Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya,” menurut ciapan tersebut.
Menurutnya, apa yang istimewa ialah mengetahui bahawa isterinya telah melakukannya demi Allah S.W.T dan bukan orang lain. Beliau turut mendoakan semoga Yang Maha Tinggi sentiasa memberkati dengan kesihatan yang baik, kepuasan dan kebahagiaan.
Dalam pada itu, rata-rata peminatnya turut membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata yang positif atas tindakan isterinya itu dan mendoakan agar kehidupan rumahtangganya akan lebih bahagia selepas ini.
Untuk rekod, Sonny telah memeluk Islam pada tahun 2008 ketika bermain untuk kelab ragbi di Perancis, Toulon sekaligus menjadi Muslim pertama yang bermain untuk All Blacks.