InspirasiSemasa

‘Alhamdulilah saya sudah Islamkan 20 orang’ – Adam Corrie

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KUALA LUMPUR : “Alhamdulilah saya sudah Islamkan sudah 20 orang setakat ini,”

Demikian kata pelakon Corrie Lee atau nama Islamnya, Adam Corrie Lee Abdullah menerusi sebuah video di Youtube yang meraih 787 tontonan.

Dalam video berdurasi 3 minit 30 saat itu, Adam Corrie memaklumkan, setakat ini, dia sudah mengislamkan seramai 20 orang saudara baharu.

“Kebanyakan saudara baharu yang saya Islamkan mendapat hidayah selepas mendengar azan,

“Mereka kata rasa tenang sebab selalu dengar azan. Itu pengakuan kebanyakan orang yang telah menjadi saudara baharu depan mata saya. Perancangan Allah cukup indah, masya-Allah,” katanya.

Sementara itu, di laman Instagram Adam Corrie, beliau kini giat berkongsi aktiviti mengislamkan saudara baharu.

Ketika ditemu bual Ummah Today, Adam Corrie turut berkongsi perkembangan terkini para mualaf yang berjaya di Islamkan.

Menurut beliau, kesemua mualaf diajar untuk terus mendalami dan menuntut ilmu agama di kelas-kelas yang berdekatan dan istiqamah dalam apa yang diamalkan.

“Alhamdulilah, saya suruh mereka untuk pergi ke kelas-kelas mengaji agama yang berdekatan sama ada surau atau masjid.

“Saya percaya mesti ada kelas agama yang dibuka.” katanya.

Berdasarkan kenyataan Adam Corrie bersama Kosmo! Online, semuanya bermula dengan hanya satu direct messege (DM) menerusi media sosial dua minggu lalu.

Terdahulu, Adam yang pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor 2017 memeluk Islam pada 13 Julai 2007.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button