GAZA: Jelas sekali pada pandangan kita, Alaa Qaddoum, 5 tahun bukanlah seorang pengganas mahupun pejuang, tetapi hanya seorang kanak-kanak yang baru mengenali dunia sama seperti anak-anak kita.
Ironinya, Alaa kini mengisi tajuk-tajuk media antarabangsa kerana menjadi mangsa pertama daripada 16 kanak-kanak yang terbunuh dalam konflik tiga hari pencerobohan tentera rejim Zionis di Genting Gaza, Jumaat lalu.
“Sama seperti petang Jumaat yang lain, Alaa kelihatan gembira ketika pergi ke taman bersama rakan sepermainannya,” cerita ibu saudaranya mengimbas situasi & kemeja T putih serta merah jambu dipakai Alaa pada hari kejadian.
Selepas waktu solat Asar, ketika Alaa menuju ke rumah ibu saudaranya, Israel melancarkan serangan udara menyasarkan yang kononnya kedudukan pejuang Jihad Islam di Gaza.
Bom Israel mengenai berhampiran rumah ibu saudaranya yang menjadi destinasi terakhir Alaa pada hari kejadian.
“Apa dosa Alaa? Alaa hanya seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang sedang bermain-main di luar. Apa salah Alaa sehingga dia dibunuh dengan kejam?” soal Abu Diab Qaddoum, abang sepupu Alaa ketika ditemubual wartawan Middle East Eye sewaktu menunggu di unit ICU Hospital Al Shifa di mana bapa Alaa, Abdallah Qaddoum sedang mendapatkan rawatan.
Pada Jumaat, Gaza sekali lagi dibedil tentera Israel atas alasan ‘mempertahankanan diri’ daripada pejuang Palestin.
Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas mengesahkan serangan udara Israel telah meragut 44 nyawa termasuk 16 kanak-kanak.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang sedang derita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia