Aktivis MAPIM Malaysia santuni kanak-kanak & asnaf di Seri Kembangan
SERI KEMBANGAN: Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turun ke Seri Kembangan bagi menyantuni asnaf-asnaf dengan memberi bantuan bekalan makanan kepada mereka pada petang Rabu.
Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar di Sekolah Asnaf Seri Kembangan yang kekurangan sumber makanan atas kerana masalah kewangan yang dialami oleh pihak pengurusan.
Mohd Taufik Abdul Bashar, salah seorang penjaga yang menguruskan makanan serta pengangkutan pelajar-pelajar di situ berkata bahawa mereka memohon dan meminta bantuan daripada MAPIM Malaysia bagi membantu mereka dari segi makanan dan juga kewangan.
“Sekarang kami sudah susah kerana sudah tiada perniagaan, dahulu kami mempunyai tanaman sendiri dan boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan, tetapi sekarang sudah tiada lagi kerana kami sudah berpindah daripada Serdang ke Seri kembangan,” kata Mohd Taufik.
Tambahnya, dia sangat berterima kasih kepada MAPIM Malaysia kerana dari dahulu sehingga kini tidak pernah berhenti dan sering memberi bantuan kepada mereka.
Selain itu, pihak MAPIM Malaysia juga telah menghulurkan bantuan kepada ibu Puan Anjumah Ali di Klang. Ibunya telah terlibat dalam kemalangan motosikal beberapa minggu yang lalu. Ibunya tinggal bersama seorang lagi adiknya yang masih bersekolah. Kini ibunya berehat dirumah berseorangan apabila adiknya ke sekolah kerana Puan Anjumah tinggal jauh dari keluarganya.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAPIM Malaysia kerana pantas membantu kami yang memerlukan,” kata Puan Anjumah.
MAPIM Malaysia komited untuk terus menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan di luar sana. Usaha yang dijalankan ini akan terus bergerak dengan lebih baik dari masa ke semasa.
Bersama kami membantu asnaf dan mereka yang memerlukan melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038