
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
TAIPING: Tular di media sosial video mengenai kejadian tukang masak dan petugas hospital bergaduh sehingga cedera.
Rupanya kejadian itu merupakan simulasi yang dibuat oleh Hospital Taiping. Hal ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid.
Video berdurasi 33 saat itu telah mencetuskan kebimbangan dan kegemparan di kalangan orang awam yang menyangka kejadian tersebut benar-benar berlaku.
Dalam video tersebut mengambarkan seorang mangsa lelaki telah ditusuk pisau pada kanan dada manakala seorang lagi mangsa lelaki dilihat melecur kerana disiram minyak masak panas.
Kesemua mangsa dibawa menaiki pengusung ke arah ambulans oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pasukan Bomba dan Penyelamat.

Hospital taiping dalam kenyataan di facebook mengatakan
โ๐๐ถ๐บ๐ฎ ๐๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด, ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ผ๐ป ๐๐ถ๐ฟ๐ฒ ๐๐ฟ๐ถ๐น๐น ๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ง๐ฎ๐ถ๐ฝ๐ถ๐ป๐ด!โ
Hospital Taiping- Itulah ulasan ringkas daripada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Taiping yang menyelia sambil memantau kejayaan Latihan Simulasi Kebakaran di sini, pada petang semalam.
Pegawai Bomba Kanan II BBP Taiping, Mohd Mustafa Kamal bin Ismail berkata latihan kebakaran anjuran Hospital Taiping yang julung kali diadakan pada 2022 itu mencapai objektif malah seperti ianya benar-benar berlaku.
โPelakon-pelakon berkenaan memang lima bintang, mekap dan solekan itu memang nampak ‘real’. Dari segi penilaian, Latihan Simulasi Kebakaran tersebut mencapai objektif dan saya harap pada masa hadapan kami akan dapat bekerjasama lagi.
โMalah, kami akan berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya kami memerlukan bantuan bagi pendedahan mengenai latihan bencana, kaedah mencegah dan berhadapan kebakaran di masa akan datang,โkatanya.
Mohd Mustafa berkata, ketika letupan berlaku kebiasaannya benda-benda tajam seperti pisau dan alatan berbahaya akan terkena mangsa justeru aksi di dalam gambar adalah gambaran sebenar dan bukannya aksi pergaduhan.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai gambar-gambar yang tular, pihak pengurusan Hospital Taiping berharap orang ramai akan memeriksa fakta dan kejadian sebenar sebelum menyebarkan berita yang tidak sahih.
Latihan Simulasi Kebakaran peringkat Hospital Taiping 2022 yang diadakan di Jabatan Dietetik dan Sajian itu merupakan aktiviti tahunan anjuran Unit Penyelia Hospital serta Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dengan kerjasama Edgenta Mediserve.
Seramai 54 orang kakitangan terlibat dalam aktiviti itu yang dijalankan sebagai salah satu langkah mempersiapkan kakitangan-kakitangan KKM mengenai prosedur pengurusan bencana seperti kebakaran dan lain-lain.