LOPBURI : Sekumpulan monyet menyerbu jalanan di Thailand di tengah krisis makanan yang mereka alami akibat Covid-19.
Serbuan itu mengakibatkan lalu lintas eseak selama empat menit, sebelum kumpulan monyet itu dikejar oleh kumpulan monyet lain.
“Saya dapat mendengar mereka memekik. Kemudian mereka tiba-tiba sudah ada di jalan dan bergaduh,” kata Khun itiphat.
Kumpulan monyet itu tinggal di kuil, dan ada juga yang menghuni bangunan pawagam yang terbengkalai di Lopburi.
Dokter haiwan Thailand, Supakarn Kaewchot berkata, biasanya monyet itu mendapatkan makanan daripada pelancong.
Tetapi sejak pandemik Covid-19 melanda, pelancong tidak ada yang datang sehingga bekalan makanan mereka berkurang.
“Dengan tidak adanya orang yang memberi mereka makan, monyet itu menjadi agresif,” kata Dr Supakarn.
Dr Supakarn menerangkan, monyet itu mengepung bangunan dan memaksa warga setempat meninggalkan kediaman mereka.
Penduduk tempatan meyakini, monyet adalah haiwan pemberi keberuntungan dan mengadakan pesta untuk mereka setiap tahun.
Dalam masa yang sama pihak tempatan Lopburi berusaha mengawal populasi dengan mengadakan program pemandulan.