Covid19KerohanianSemasa

Air mata syukur di Raudah setelah tujuh bulan ditutup!

Arab Saudi benarkan kunjungan di makam Rasulullah SAW

ARAB SAUDI :  Assalaamualaika ya Rasulullah!

Begitulah lafaz mulia yang sentiasa diucap oleh setiap orang Islam ketika berada di hadapan makam baginda Rasulullah SAW.

Setiap mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi pasti akan mengalirkan air mata, baik lelaki atau wanita, ketika berada di Raudah.

Apa lagi yang boleh diucapkan selain rasa syukur yang tidak terhingga kepada Pencipta, kerana berpeluang berada di Raudah.

Arab Saudi semalam membenarkan kunjungan di Raudah, pertama kali sejak tujuh bulan lalu.

Kunjungan dimulakan dengan petugas Masjid Nabawi.

Entah apa yang mereka damba di dalam doa mereka, hanya Allah yang tahu.

Tiada kata dapat dikata bagi mereka yang bertuah mengunjungi makam Baginda, hanya emosi menggambarkanan suasana.

Pastinya mereka adalah antara yang bertuah menjadi golongan pertama setelah kunjungan itu ditutup pertengahan tahun ini.

Mereka turut mengunjungi makam sahabat Rasulullah SAW, Khalifah Abu Bakar Assidiq dan Umar Al Khattab, R.A

Pic: FB Haramain
Pic: FB Haramain
Pic: FB Haramain
Pic: FB Haramain

Facebook Haramain, memaparkan foto-foto dan video pembukaan Raudah kepada orang ramai bermula sejak pagi semalam.

Bagi mereka yang bertuah, rasa rindu kepada Masjid Nabawi terubat, dan hanya Allah yang mengerti perasaan mereka kata Emman Mahmood.

“Sempena bulan kelahiran Nabi SAW saya pastinya, amat bersyukur dapat kembali mengunjungi Masjid Nabawi dan juga Raudah. Tiada kata yang dapat saya gambarkan betapa rasa kerinduan itu menebal. Semoga wabak ini berakhir segera dan semua orang Islam dalam menyelami keindahan beribadat di sini.”

Terdahulu, Pengurus Dua Kota Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais  dalam ucapan sebelum pembukaan Raudah mengucapkan syukur pada Allah di atas pembukaan Raudah bermula 18 Oktober.

Berdiri di hadapan Mihrab Rasulullah, beliau memohon Allah SWT memudahkan segala kesukaran yang dilalui pentadbiran Masjidil Haram daripada pada masa yang lalu.

Pic: FB Haramain

Selepas bersalawat ke atas Nabi SAW, beliau mengucapkan pernghargaan kepada Yang Mulia Raja Salman Abdul Azeez kerana membenarkan semula khidmat di Tanah Haram dan sentiasa membantu memperbaiki keperluan buat jemaah dan pengunjung Haramain.

Beliau juga menyatakan terima kasih kepada Yang Mulia Putera Madinah, serta kepada semua pekerja di Masjid Nabawi yang memudahkan ibadah dan pergerakan jemaah.
Tambah beliau, seseorang harus menyatakan kesyukuran kepada Allah dan disusuli dengan tindakan yang benar-benar ikhlas berdasarkan sunnah Rasullullah SAW.
Pada masa yang sama jemaah diingatkan untuk memperbetulkan niat mereka dan mematuhi segala suruhan Allah dan Rasulnya,
Beliau turut mengingatkan semua petugas untuk mematuhi peraturan keselamatan dan kesejahteraan, serta mendapatkan aplikasi Eatmarna.
Semua pengunjung juga diingatkan menjaga aspek kebersihan seperti mencuci tangan sebelum memasuki Masjidil Haram.
Jemaah wanita juga diingatkan untuk memakai hijab dan abaya ketika memasuki Haram.
“Kita memohon kepada Allah untuk kesihatan yang baik, dan memohoan afiat adalah satu yang disuruh oleh agama, seperti Sabda Baginda SAW “Mohonlah pada Allah kepada kesihatan yang baik” diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi.
Pada penghujung ucapan beliau membacakan doa mengelak wabak dan memohon Allah menghapuskan pandemik ini, serta memohon Allah melindungi dan memandu pemimpin serta menerima amalan baik mereka.

1 November depan peringkat ke-3, akan membabitkan kunjungan ke Tanah Suci daripada jemaah dari luar Arab Saudi, setelah dua peringkat dilaksanakan kepada masyarakat tempatan.

Kerajaan Arab Saudi telah memperketatkan segala kemasukan ke Jeddah bagi urusan umrah dan haji sejak pandemik Covid melanda pada Ogos lalu namun membukanya kembali bagi ibadah haji dengan jumlah yang terhad.

Langkah pembersihan masjid juga diambil berat dengan beberapa siri pembersihan masjid dilakukan sebaik tamat ibadah umrah bagi sesuatu kumpulan jemaah.

Pic: FB Haramain

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button