Semasa

Air di Gaza ‘perlahan-lahan meracuni’ penduduknya

GAZA : Krisis air di Semenanjung Gaza memberi kesan kepada dua juta penduduk di kawasan pesisir.

Ketiadaan elektrik yang berlanjutan menyebabkan bekalan air paip terjejas dan masin walaupun masih beroperasi. Ini menyebabkan sebilangan penduduk di Gaza bergantung pada pembekal air swasta.

Organisasi hak asasi manusia mengingatkan penduduk Gaza selama bertahun-tahun tentang keadaan yang semakin teruk akibat serangan Israel pada bulan Mei lalu.

Sumber air  yang tercemar telah memberi kesan serius kepada kesihatan orang ramai dan kanak-kanak terutamanya mereka yang menghidapi Penyakit Bawaan Air  (Water-Born Disease).

Menurut responden Al-Jazeera, Muhammad Saleem, 40, dari  Al-Sheikh Redwan di utara Gaza,

“Semua tanaman saya kering dan mati kerana kandungan natrium dan klorida yang tinggi di dalam air.”

Muhammad juga berkata mustahil bagi dia dan keluarga menggunakan air paip awam untuk kegunaan harian selama bertahun-tahun. Dia juga salah seorang penduduk Gaza yang mendapatkan bekalan air swasta berkos purata tinggi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar salinitas dan nitrat di air bawah tanah Gaza telah berada jauh dari garis air yang selamat untuk diminum.

Menurut WHO, penyakit yang berkaitan dengan air mempengaruhi sekitar 50 peratus kesihatan anak-anak Gaza.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button