Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia 2021
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia 2021 menerusi hantaran poster di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.
“Selamat menyambut Hari Malaysia 2021 daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,” menurut poster terbabit.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-88 kepada seluruh warga ATM.
Sebagai pemerintah tertinggi ATM, Yang di-Pertuan Agong menyanjung tinggi dan merakamkan penghargaan di atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada anggota ATM khususnya yang bertugas di barisan hadapan dalam membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.
“Seri Paduka Baginda mendoakan semoga Angkatan Tentera Malaysia terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah,” menurut perkongsian di Facebook rasmi Istana Negara.
Oleh Nurshazlin Shahrom