Semasa

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional

IPOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’.

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai sambutan HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Sambutan HAWANA 2023 dianjur di Perak bermula Sabtu lepas hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pelaksanaannya dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Sambutan kali ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Pusat Konvensyen Casuarina, di Ipoh, Perak.

Dalam ucapan Perdana Menteri, beliau singgung pentingnya tanggungjawab dan peranan pengamal media dalam memaknai erti pembangunan serta demokrasi negara.

“Mereka adalah figura penting dalam membawa perubahan kepada negara hatta semangat kewartawanan itu perlu digarap kepada generasi pelapis agar menerapkan nilai-nilai madani, bukan pemahaman sempit semata-mata,” ujar PMX.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button