Semasa

Agong jalani rawatan susulan di IJN

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin berkata, pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang telah dijalankan oleh Seri Paduka Baginda pada September 2020.

http://

“Rawatan susulan itu tertangguh dari 24 September 2020 ekoran daripada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di hospital-hospital awam termasuk IJN.

“Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda juga turut berkenan menjalani pemeriksaan respiratori di IJN. Kesihatan Seri Paduka secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Seri Paduka dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan itu.

“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button