Adalah telah seru Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mohon kenyataan tentang tanah yang diambil dari Palestin dan siasat Nakhba serta kewujudan penjajah bercirikan apartaid.
Adalah merupakah sebuah pusat undang-undang untuk rakyat minoriti Arab di Israel.
Pengerusi Jawatankuasa Susulan Tinggi untuk Warga Arab Israel, Mohammed Barakeh juga merupakan wakil daripada Adalah tiba di Amman untuk menyiasat punca konflik Palestin-Israel.
Kehidaran beliau juga untuk menyiasat 750,000 rakyat Palestin yang dihalau dari rumah mereka.
Seruan itu juga bagi tujuan menyiasat rampasan tanah Palestin, pengharaman keluarga palestin berjumpa, diskreminasi sistematik dan menghadkan penerimaan politik,
“Adalah mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan PBB, dimana ia akan membenarkan badan PBB yang bebas untuk menyiasat punca sebenar konflik dan pelanggaran hak kebebasan manusia yang teruk kepada warga Palestin buat kali pertamanya,” katanya.
Adalah juga menerangkan undang-undang berunsur deskriminasi seperti Undang-undang Negara Yahudi, Undang-undang Kepulangan dan Undang-undang Harta Tanpa Pemilik.
“Terdapat banyak bukti dimana Israel mengamalkan sifat perkauman terhahap warga Palestin dibawah pemerintahannya yang bertentangan dengan Undang-undang Antarabangsa,”
“Sekarang mereka mempunyai perlembagaan untuk menegakkan ketuanan Yahudi, dibawah Undang-Undang Negara yahudi, perlu ada tanggungjawab untuk mempertahankan hak manusia semua rakyat Palestin termasuk mereka yang memegang kewarganegaraan israel,” tambahnya.
Penubuhan suruhanjaya kali ini berbeza dengan penubuhan bebas PBB sebelumnya dimana ia tiada had masa dan siasatan termasuk punca konflik perlu dijalankan secara mendalam.
Diterjemah dari: Middle East Monitor
Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih Fakulti komunikasi dan Pengajian Media