Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah menuntut dihentikan perang kejam Israel ke atas Gaza yang terkepung, mengesahkan perpaduan antara penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat, lapor agensi berita WAFA yang dikendalikan kerajaan.
Abbas berkata Palestin “tidak akan meninggalkan penduduknya di Gaza. Kami akan berkongsi mata pencarian, gaji di Gaza dan Tebing Barat. Kami tidak akan membenarkan rancangan penjajah untuk memisahkan Gaza daripada wilayah Palestin dan juga tidak melepaskan mana-mana bahagian daripadanya.”
Abbas menambah, “Kami memberitahu dunia bahawa selepas perang pembunuhan beramai-ramai dan pemindahan yang dilakukan oleh pasukan Israel, mesti ada laluan politik yang jelas berdasarkan asas legitimasi antarabangsa, Inisiatif Keamanan Arab, dan undang-undang antarabangsa. Laluan ini termasuk semua wilayah Palestin yang diduduki di Gaza, Tebing Barat, dan Baitulmaqdis Timur.”
“[Laluan ini] bermula dengan mengiktiraf Negara Palestin sebagai anggota penuh di PBB melalui resolusi Majlis Keselamatan,” katanya. “Ini akan disusuli dengan persidangan keamanan antarabangsa yang menamatkan penjajahan Israel ke atas tanah Negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.”
SUMBER : TRT World