ALOR GAJAH : Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ mengesahkan bahawa beliau telah bersetuju untuk menerima kenderaan pacuan empat roda hasil pemberian pengasas kosmetik, Shalicious Empire Sdn Bhd.
Menerusi ciapan di Instagram Azwan Omar, beliau telah menemui Sha minggu lalu bagi berbincang mengenai hasrat usahawan itu untuk memberikannya kenderaan itu secara percuma.
Katanya, perkara tersebut telah diselesaikan melalui sesi live di laman Facebooknya.
Saya setuju je nak terima. Macam Sha sendiri ikhlas nak beri, tak ada syarat tak ada apa. Memang kita orang dah bincang isu ini semalam.Saya setuju sajalah
Menerusi perkembangan terkini terbaru dari pengasas kosmetik itu, pihaknya mengalami sedikit kesukaran untuk memperoleh kenderaan pacuan empat roda tersebut. Namun, atas pertolongan orang ramai, niat murni pengasas itu tercapai apabila kereta itu akan diberi dalam tempoh terdekat.
Melakukan kerja-kerja kemanusiaan ini bukan satu perkara yang mudah. Walaubagaimana pun, usaha murni ‘Abang Viva’ ini harus diberikan pujian dan dijadikan contoh tauladan kepada orang ramai. Membantu orang awam tanpa mengira bangsa dan agama merupakan satu tuntutan dalam Islam.
Semoga urusan beliau dalam membantu golongan yang memerlukan dipermudahkan.