Temerloh : Populariti Azwan Omar atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ memang tidak dapat disangkal lagi.
Dengan hanya berbekalkan RM50, sebuah kereta Viva dan sebuah bot, beliau sanggup mengambil cuti kecemasan daripada majikannya di Melaka untuk turun ke Selangor bagi membantu mangsa banjir.
Semenjak kisahnya tular, ia mula memberikan inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan yang serba sederhana tetapi sangat berfungsi sepertinya.
Terbaru, Azwan Omar telah berangkat ke Pahang bagi membantu mangsa banjir di sana pula. Semasa di Temerloh, Azwan Omar telah sempat bertemu dengan seorang lagi aktivis kemanusiaan yang juga merupakan penasihat syariah MAPIM Malaysia, Maulana Helmi.
Maulana Helmi juga dikhabarkan baru sahaja kembali daripada Misi Kemanusiaan Bencana Banjir MAPIM di Selangor.
UmmahToday mendoakan semoga dua orang aktivis agar terus diberikan kesihatan yang baik bagi terus berbakti kepada ummah.
Gambar kredit – Facebook Maulana Helmi
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038