Pusat Pemindahan Sementara dinaiki air, mangsa pindah lagi!
2 PPS dinaiki air, banjir terburuk dalam tempoh 5 tahun
KUCHING : 14 Jan – Hari kedua banjir di Sarawak menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dialihkan awal pagi tadi ekoran dinaiki air.
Pusat pemindahan yang terbabit ialah PPS Desa Wira dan PPS Dewan Malihah di Kuching yang membabitkan hampir 200 orang mangsa.
Menurut penjaga PPS Stapok, Lina Jomek, seramai 25 orang dari tiga keluarga telah dipindahkan dari Balai Raya Desa Wira ke PPS Stapok.
Namun begitu, menurutnya PPS Stapok kini sudah penuh manakala baki mangsa terpaksa ditempatkan di luar khemah.
“Sejumlah 33 buah khemah telah dipasang tetapi tidak mencukupi untuk menampung lebih ramai penduduk yang terkesan. Memandangkan SOP yang perlu kita patuhi, maka kami tidak dapat menerima banyak mangsa kerana tempat terhad. Kami akur dengan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa membuatkan sukar untuk kerajaan menambah aset bantuan,” – penjaga PPS Stapok, Lina Jomek
*
MAPIM mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk bantuan-bantuan berikut:
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 10,000 kit kebersihan diri
– 10,000 kit solat
– Food Truck 500 Makanan Panas untuk petugas dan mangsa (3 kali makan – pagi/tengah hari / malam setiap hari kepada barisan hadapan/ mangsa)
– Double-Decker Mobile Clinic untuk merawat mangsa dan mereka yang memerlukan
– Double-Decker bas membawa 80 aktivis MAPIM
– Pasukan pasca banjir untuk membersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa di lapangan