Covid19Semasa

“Kalau ada PRU lagi, 50% akan dijangkiti, dan ada yang meninggal!”-Tun M

Ambil iktibar PRN Sabah

PUTRAJAYA : Ambil iktibar Pilihan Raya Negeri Sabah yang pernah menyaksikan gelombang ketiga wabak Cpvod-19 di negara ini .

Memetik Berita Harian, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata gesaan itu diutarakan  berikutan penularan COVID-19 sejak PRN Sabah masih lagi belum tamat sehingga hari ini.

“Kalau kita adakan Pilihan Raya Umum (PRU) lagi sekali, 50 peratus daripada kita akan dijangkiti COVID-19 dan ada yang akan meninggal. Kalau kita utamakan politik, macam sesetengah orang kata prinsip tak perlu yang penting adalah politik. Ada PRU, kita gadai nyawa orang lain bukan nyawa kita.”

Bekas Perdana Menteri itu berkata pada sidang media selepas melancarkan platform pemasaran Herbee, hari ini.

Pada masa yang sama, Tun Dr Mahathir ketika ditanya sama ada akan bertanding pada PRU-15, dengan nada berseloroh, beliau menyatakan tidak akan bertanding.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button