Dunia

Loji tenaga nuklear Slovenia selamat

Tiada kerosakan akibat gempa di Croatia

LJUBLJANA : Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA mengesahkan menerima maklumat daripada Pentadbiran Keselamatan Nuklear Slovenia bahawa loji tenaga nuklear Krskonya telah ditutup.

Penutupan loji terbabit dilakukan secara automatik dan kini berada pada tahap selamat.

Penutupan itu terpaksa ditutup sebagai langkah berjaga-jaga susulan gempa bumi berskala 6.4 pada skala Richter di negara jiran, Croatia.

Langkah itu dinyatakan jurucakap loji terbabit, Ida Novak Jerele, semalam kepada Agensi AFP bagaimanapun tidak memberi perincian lanjut.

“Saya mengesahkan penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga,” – Jurucakapa loji tenaga nuklear Krsko

Agensi nuklear Slovenia itu juga memberitahu IAEA bahawa setakat ini tiada kesan alam sekitar dikesan daripada sistem pemeriksaan perlindungan dan peralatan di loji berkenaan yang masih berjalan.

Gempa bumi di Croatia itu turut dirasai beberapa negara jiran lain, termasuk Slovenia hingga sejauh ibu negara.

Loji tenaga nuklear Krsko terletak sekitar 80 kilometer dari pusat gempa semalam.

IAEA masih lagi berhubung dengan Slovenia mengenai perkembangan pasca gempa Croatia itu.

Krsko adalah satu-satunya loji tenaga nuklear Slovenia dan terletak kira-kira 100 kilometer di timur Ljubljana.

Reaktor Westinghouse berkuasa 700 megawatt itu, yang kini dimiliki secara bersama oleh Slovenia dan Croatia, dibina ketika pemerintahan Yugoslavia dan mula beroperasi pada 1983.

Loji itu menyumbang kira-kira 20 peratus daripada keperluan tenaga elektrik Slovenia dan 15 peratus bagi Croatia, namun aktivis alam sekitar sebelum ini menggesa loji itu ditutup kerana usianya, selain risiko aktiviti seismik di rantau itu.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button