Semasa

Menteri Agama jumpa pendakwah selebriti esok!

Sampai mesej kerajaan jaga nama baik agamawan

PETALING JAYA :  Satu pertemuan dengan pendakwah selebriti akan diadakan esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pertemuan itu adalah bagi menyampaikan mesej harmoni kerajaan dan menjaga nama baik agamawan.

Pertemuan tersebut dijadual diadakan di sebuah hotel di Sepang jam 2:00 petang esok.

“Banyak perkara boleh dibincangkan bersama dan mendengar pandangan mereka di samping kita juga dapat memberi nasihat untuk kita sama-sama ingat mengingati,” – Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri / Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program agihan sumbangan kepada rakan non-Muslim sempena Misi Musa’adah Covid-19 di Majlis Wilayah pada Rabu.

Pertemuan ini dibuat di tengah-tengah kontroversi pendakwah selebriti apabila seorang peserta program realiti TV yang didakwa di mahkamah atas tuduhan seks luar tabii dan merogol melibatkan beberapa mangsa.

Pertemuan itu susulan seorang selebriti ‘dakwah’, yang juga seorang peserta program realiti TV, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da’i Syed, didakwa di mahkamah atas tuduhan seks luar tabii dan merogol melibatkan beberapa mangsa.

Menteri juga menyambut baik gesaan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Mahmood Zuhdi Abd Majid, supaya program realiti televisyen yang mencungkil selebriti ‘dakwah’ dikaji keberkesanannya supaya tidak menempelak imej agamawan dan ustaz tradisional.

Mahmood juga menyarankan selebriti ‘dakwah’ mendapatkan latihan lanjut dan bimbingan sebaik sahaja tamat program realiti TV, dan bukannya dibiarkan sesuka-hati berdakwah.

“Terima kasih atas buah fikiran yang baik,” katanya.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button